Thursday, July 11, 2013

ASAL- USUL SUKU KAUM LUNDAYEH(SABAH)/LUN BAWANG(SARAWAK)

ASAL- USUL SUKU KAUM LUNDAYEH(SABAH)/LUN BAWANG(SARAWAK)


Lundayeh merupakan nama yang diberikan kepada salah satu suku kaum peribumi di Sabah. Suku kaum Lundayeh kurang dikenali kerana ramai menganggapLundayeh adalah Murut. Tidak hairanlah muncul pelbagai sebutan seperti “Lun Dayu”, “Lun Daya”, “Lan Dayu”, “Lun Daye”, “Lun Dayoh” dan sebagainya yang merujuk kepada suku kaum Lundayeh. Dari segi bunyi, Lundayeh disebut [lundayәh].


Suku kaum Lundayeh dikenali juga dengan nama Lun Bawang (di Sarawak dan Brunei Darussalam) yang merupakan penduduk etnik peribumi yang terawal menduduki Kepulauan Borneo.






Pakaian Tradisi wanita Lun Bawang

 Pada tahun-tahun sebelum 
1960, suku kaum Lundayeh atau Lun Bawang dilabelkan dengan nama Murut (Pollard 1933, 1935; Southwell 1949; Crain 1974, 1978; Deegan 1973). 


dua kumpulan orang Murut;

 satu kumpulan bernama Murut Sarawak (dikenal Lun Bawang) yang tinggal di Sarawak dan dikenal sebagai Lundayeh di Sabah, manakala 

satu kumpulan lagi digelar Murut Sabah dan dikenali sebagai Tagal di Sarawak. Mengikut Prentice D.J. lagi (dlm Bilcher Bala 1993:23) label Lun Bawang pada asalnya muncul daripada satu pertikaian klasifikasi Murut yang digunakan di Sabah dan Sarawak. 

Di Sabah, istilah itu dirujuk kepada suku-suku kaum seperti Timogun, Nabai, Baukon, Paluan, Sumambuq, Alumbis dan Tagal atau Tagol (Idahan Murut).




PAKAIAN TRADISI LELAKI LUN BAWANG
Manakala di Sarawak, label ini merujuk kepada Lun Bawang atau Tagal. Di samping pendeskripsian etnik Murut oleh Prentice D.J. ditemui juga identifikasi lain untuk merujuk etnik yang sama.

Menurut Langub (Ipoi Datan 1989:143),
 Murut is used by outsiders as an ethnic term of reference for the people "who consider themselves as Lun Bawang. However, the Lun Bawang use several other labels such as Lun Dayeh, Lun Lod, Lun Ba, Lun Tana Luun and Lun Bawang as terms of self-reference.

RURAN ULUNG(LUN  BAWANG/LUN DAYEH BEAUTY CONTEST5)

Terdapat dua persamaan kod rujukan etnik ini berdasarkan kajian Ipoi Datan dan Crain (1974) iaitu etnik yang disebut
 Lun Bawang dan Lun Dayeh. Crain yang memetik kajian Prentice D.J. (dlm Ipoi Datan 1989:143) berhubung dengan identifikasi etnik ini di Sabah, telah menyebut bahawa, "Notes that term "Murut" is used by outsiders to refer to a varied assortment of mountain peoples in northern Sarawak and the interior district of Sabah.

In Sabah,
 "Murut" is used as an ethnic term of reference for groups known asTimungon, Nabay, Baukan, Paluan, Sumambuq and Alumbis (Prentice 1972) and in Sarawak the people who call themselves Lun Bawang and sometimes Lun Dayeh.

Jadi, semua dapatan daripada kajian awal tentang asal-usul dan period kedatangan orang Lundayeh/Lun Bawang  ke Kepulauan Borneo adalah berkaitan secara langsung dengan suku kaum Murut meskipun dari segi bahasa kedua-dua suku kaum peribumi Sabah ini tidak ada persamaan leksikal.

Kajian Crain J.B (1978) mendapati bahawa
 Lun Dayeh atau Lun Bawang ditemui di Kepulauan Borneo: 25,000 di Kalimanatan, 2,000 di Sabah, 300 atau lebih di Brunei; dan 10,000 di Sarawak (Department of Statistics, Malaysian Population Report,1980). 

Di Kalimantan Timur, suku kaum ini ditemui di sekitar Bahau dan Mentarang, Kemaloh, Paya dan Sungai Sesayap; di Sabah tertumpu di kawasan Ulu Padas dan Mengalong; di Brunei iaitu di kawasan Temburong dan Pandaruan (Balang and Harrisson,1949; Harrisson 1959; Le Bar 1972). Manakala di Sarawak terdapat di Lawas dan Limbang dalam Bahagian Kelima.




Tarian panjang Lun Dayeh - Krayan Hulu, Kayan Mentarang Kalimantan

Seorang sejarawan barat bernama 
T.R. William (dlm. Mat Zin Mat Kib, 2003:25)berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun yang lalu telah berlaku penghijrahan penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia Tenggara dan kawasan pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara mereka yang berpindah dari benua Asia ini sejak 1,500 hingga 1,000 SM terdiri daripada kumpulan etnik yang pada hari ini disebut “Dusun” dan “Murut”.




Tarian pinggan dari lelaki Lun Dayeh.- Krayan Hulu, Kayan Mentarang Kalimantan

Berdasarkan fakta inilah kelompok Dusun dan Murut dikatakan dua kelompok yang paling awal berada di Sabah. Kelompok ini secara umumnya disebut Melayu Proto (Bellwood 1985:103; Collins 1998:3-4). Tom Harrison (1959) dan S.Runciman (1960) juga mengesahkan bahawa kaum ini adalah yang terawal menetap di kawasan pergunungan di tengah Kepulauan Borneo.

Jika demikian halnya, berdasarkan bukti-bukti sejarah, Lundayeh dikaitkan dengan rumpun bangsa Austronesia dari cabang Nusantara yang telah bertapak di Kalimantan. Asmah Omar (1985:36,38) yang juga mengelompokkan rumpun Austronesia kepada empat keluarga. Menurutnya bahasa Lun Dayeh (Lundayeh) merupakan kelompok Indonesia Pusat selain bahasa Melayu, beberapa bahasa di Sarawak (kecuali Bisaya), Kalimantan dan pulau-pulau Indonesia lainnya. Perkaitan bahasa Lundayeh /Lun Bawang dengan Austronesia dibuktikan dengan terdapatnya beberapa contoh kosa kata Austronesia Purba (BAP) yang ada persamaan bunyi dengan kosa kata dalamBahasa Lundayeh/Lun Bawang.



MAKANAN TRADISI KAUM LUN DAYEH/LUN BAWANG


NASI BUNGKUS/LUBA LAYA
KELUPIS

PUCUK UBI/DAUN UBI




PAKAIAN KAUM LUN DAYEH/LUN BAWANG






ALAT-ALAT YANG DI GUNA OLEH KAUM LUN DAYEH/LUN BAWANG.












Ciri-ciri Khas Bahasa Lundayeh

Monday, 29 March 2010 04:22
CIRI-CIRI KHAS BAHASA LUNDAYEH
Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri yang menggambarkan kelainannya dengan bahasa lain. Tidak semua bahasa mampunyai ciri-ciri khas yang sama. Bagi bahasa Lundayeh, terdapat 5 ciri-ciri khas bahasa yang akan dikemukakan di sini. Ciri-ciri khas itu ialah variasi bebas, vokal panjang, vokal rangkap, hentian glotis dan diftong /aw/ dan /au/.
1. Variasi Bebas
Bahasa Lundayeh juga mengalami variasi bebas seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu seperti perkataan faham dengan paham danfikir dengan pikir. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama meskipun menggunakan konsonan dan p. Menurut Abd. Hamid Mahmood (1997:54), variasi bebas merupakan istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetis yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan, dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna. Paitoon (2006:126) menambah, dalam lingkungan tertentu, kadang-kala terdapat sepasang bunyi yang memiliki fitur distingtif[1] tidak sama yang tersebar pada posisi yang sama dan tidak pula membezakan makna. Perhatikan beberapa contoh variasi bebas berikut:
paweh dengan faweh ‘kahwin’
nuba’ dengan luba’ ‘nasi’
meriruh dengan mediruh ‘ketawa’
jier dengan dier ‘leher’
Variasi bebas ini berlaku disebabkan pertembungan dua pengaruh bunyi sebutan dari suku kaum Lundayeh itu sendiri iaitu Lundayeh Pa’ Kemaluh dan Lun Bawang atau Lundayeh di Sarawak. Pergaulan seharian boleh mengubah sebutan asal sama ada dari sebutan Lundayeh Pa’ Kemaluh kepada Lun Bawang atau sebaliknya. Misalnya seseorang yang pada asalnya menggunakan bunyi sebutan /p/, pada suatu masa kemudian menggunakan bunyi sebutan /f/ daripada pengaruh pergaulan harian. Penggunaan konsonan /f/ mempunyai nada yang lembut berbanding bunyi /p/. Contohnya menyebut nama [Fadan] dan [Padan]. Perbezaan yang ketara ini hanya berlaku pada bunyi konsonan /p/ dan /f/ sahaja. Bunyi sebutan yang lain masih sama. Fenomena yang berlaku akibat penggunaan variasi bebas ini, penutur dengan sewenang-wenangnya menggantikan bunyi fonem /p/ dengan fonem /f/ kerana sudah menjadi amalan atau kebiasaan berbuat demikian. Konsonan /p/ tidak boleh dibunyikan fonem /f/ untuk nama orang seperti Pengiran, Padan, Kapung dan seumpamanya. Selain itu, kekecualian ini juga mencakupi fonem /p/ di posisi akhir seperti lutep ‘tetap’, takep ‘bilik tidur’ dan tekip ‘sarung’; tabpar ‘upah’ atau tebubpun ‘sembahyang’.
2. Vokal Panjang
Selain diftong, bahasa Lundayeh juga mempunyai ciri prosodi seperti bunyi vokal yang panjang tanpa hentian ditandai oleh penggandaan vokal [:] pada kata.Vokal panjang berlaku pada posisi awal dan tengah kata. Misalnya;
ool [o:l] ‘anting-anting/ subang’
aar [a:r] ‘pagar’
paad [pa:d] ‘supaya’
suut [su:t] ‘kecil’
miid [mĩ:d] ‘mengelap’
nginuud [ŋĩnũ:d] ‘menyesal’
root [ro:t] ‘permainan’
Dalam kebanyakan sebutan penutur bahasa Lundayeh, terdapat juga bunyi vokal panjang di akhir kata. Tetapi agar sukar mengklasifikasikannya dalam kumpulan ini kecuali ada peraturan untuk menyelaraskan satu sistem keselarasan bunyi seperti bahasa Melayu. Antara perkataan tersebut adalah seperti berikut:
balaa [bala:] ‘percakapan’
badaa [bada:] ‘pasir’
baraa [bara:] ‘beras’ 
3. Vokal Rangkap
Dalam bahasa Lundayeh terdapat juga pola vokal rangkap. Vokal rangkap berbeza dengan diftong. Vokal rangkap merupakan turutan dua vokal penuh yang diucapkan dengan penuh, antaranya terdapat pemisahan dua suku kata. Misalnya kata kuan yang bererti untuk ataukepada, vokal u dan a adalah vokal penuh yang memisahkan dua suku kata iaitu ku dan an. Vokal rangkap juga menerima pengaruh unsur pembibiran (labialisasi), kerana sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir dalam keadaan bundar. Labialisasi adalah satu proses artikulasi tambahan yang secara kebetulan terhasil ciri bunyi [ 
w ] sebagai unsur sekunder di tengah-tengah vokal bundar dan leper yang terdiri daripada vokal /u/ dengan /a/, vokal /u/ dengan /e/ dan vokal /u/ dengan /i/ dalam satu kata yang berpunca daripada gangguan artikulasi tambahan[2]. Beberapa contoh vokal rangkap bahasa Lundayeh yang mengalami proses labialisasi adalah seperti berikut: 
rua [ruwa] ‘bambu untuk mengangkat air’
bua’ [bu
wa?] ‘buah’
rueb [ru
wәb] ‘air terjun’
ruen [ru
wәn] ‘melakukan’
kiung [ki
juŋ] ‘muka’
Selain proses labialisasi, vokal bahasa Lundayeh juga mengalami proses pempalatan seperti contoh perkataan berikut:
teu [tә
wu] ‘kita’
mesia’ [mәsi
ja?] ‘merah’
4. Hentian Glotis
Dalam bahasa Lundayeh, hentian glotis atau glotalisasi banyak berlaku terhadap bunyi vokal pada posisi akhir perkataan. Paitoon (2006:212) menjelaskan bahawa glotalisasi terhasil kerana berlaku penyempitan alat artikulasi di kotak suara, iaitu pita suara dirapatkan. Isu penambahan [?] pada sesetengah kata yang berakhir dengan vokal setakat ini menurut Chong Shin (2004:213-214), masih tidak dapat diramalkan rumusnya, kerana ciri fonologi ini adalah ‘varian Melayu Borneo Barat’. Menurut Nothafer (1996:14) yang dipetiknya juga mengatakan bahawa varian-varian ini merupakan bahasa “subkelompok Borneo Barat”. Kehadiran hentian ini boleh membezakan makna sesuatu kata. Dalam bahasa Lundayeh hentian ini berlaku pada vokal yang terletak di posisi akhir kata sahaja kecuali vokal /ә/. Jadi, bagi memudahkan penyebutan kata yang seumpamanya dengan tepat, simbol hentian (‘) ditandakan bersama huruf vokal yang berkenaan seperti berikut:
ina’ [inã?] ‘emak’
ina [inã] ‘tadi’
bada [bada] ‘pasir’
bada’ [bada?] ‘ajaran’
iti’ [iti?] ‘buah dada’
iti [iti] ‘tanda / alamat’
buri [buri] ‘kekotoran’
buri’ [buri?] ‘percakapan’
ticu’ [tiču?] ‘tangan’
ticu [tiču] ‘diteruskan’
Kehadiran hentian ini [‘] tidak hanya berlaku terhadap bunyi vokal depan dan vokal belakang tetapi juga vokal e taling. Misalnya:
é’ [e?] ‘ya, benar, betul’
Perkataan inabadaburi dan ticu di atas merupakan contoh perkataan yang akan menghasilkan makna lain jika berlaku hentian glotis. Jadi, dalam bahasa Lundayeh hentian glotis pada bunyi vokal di akhir perkataan sangat penting kerana ciri ini [?] berstatus fonem yang tersendiri dan bukan pasangan minimal /k/ dan /?/ seperti dalam perkataan kotak yang dibunyikan [kota?] Banyak perkataan Lundayeh yang menggunakan hentian glotis [?] ini.
5. Diftong /au/ dan /aw/
Kehadiran dua diftong ini nyata membawa ciri yang berlainan berbanding bahasa peribumi yang lain di Kepulauan Borneo ini. Fonem /u/ merupakan vokal bersuara manakala /w/ pula adalah separuh vokal. Kadang kala menjadi suatu kesukaran menentukan bunyi diftong sama ada /au/ atau /aw/. Contoh perkataan yang mengandungi diftong ini adalah seperti berikut:
pagau ‘katil’
arau ‘gabus untuk panah sumpitan’
irau ‘pesta’
megagau ‘gelisah’
tuwau ‘burung merak’
baw ‘manik-manik’
kerubaw ‘kerbau’ 






Friday, March 15, 2013

TARIAN ZAPIN



Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional.
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.
Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu
tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan,
antaranya adalah:

# Tarian Zapin Arab
# Tarian Zapin Johor
# Tarian Zapin Lenga
# Tarian Zapin Pekan
# Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.
Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.
Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat.
Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Monday, February 25, 2013

DEFINISI WARISAN


Malaysia
merupakan negara yang kaya dengan pelbagai warisan budaya 
yang menggambarkan pola kehidupan masyarakat pelbagai kaum.
Keunikan seni budaya di Malaysia seperti makyung, tarian singa, tarian kathak, tarian bhangra, wayang kulit, batik serta songket perlu dipertahan
dan diperkukuh sebagai warisan kepada generasi muda.
Menurut Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia,
warisan ialah sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu generasi.
Sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan kerana warisan tersebut
menggambarkan cara hidup
dan 
jati diri sesuatu bangsa.